Khasiat Daun Senna atau Daun Sanna atau Daun Cina Maki
Mengempiskan Perut.
Melangsingkan Badan.
Membuang Lemak.
Mencuci Kerak Usus.
Merawat Sembelit
Merawat Gastrik.
Merawat Kencing Manis.
Membersih Darah Kotor.
Membuang Toksin.
Mengatasi Masalah Gout.
Mengurangkan Kolesterol.
Mengawal Tekanan Darah.
Melancar Peredaran Darah
Menambahkan susu badan
Melancarkan haid wanita
KELEBIHANNYA
Masalah sembelit akan hilang
Pembuangan air besar lancar, tidak memulas seperti sesetengah produk detox lain.
Badan akan rasa ringan, berat badan makin berkurangan
Badan mudah berpeluh kerana itu adalah proses pembuangan toksin dan air berlebihan dalam badan
Membersihkan kerak usus anda.
Menghapuskan cacing-cacing dalam perut anda
Daun senna dapat membersihkan kotoran dan sisa-sisa kotoran, lemak serta racun dalam badan melalui pembuangan air besar.
Berkhasiat dalam meningkatkan metabolisma dalam membantu proses pembuangan kotoran dalam tubuh terutamanya perut.
Sangat baik untuk mengatasi sembelit.
Mampu mengatasi buasir yang membengkak pada bahagian anus.
Untuk mengubati cacing keremi pada anak-anak atau dewasa.
Melunturkan atau mencairkan lemak dalam tubuh dan mengurangkan kolesterol.
Melangsingkan badan kerana lemak dilarutkan dan dibuang ketika buang air besar dan air kecil dan juga ketika berpeluh.
Membersihkn usus agar dapat menyerap zat makanan dengan baik.
Memudahkan badan untuk berpeluh bagi proses membuang toksin dalam badan.
Daun senna ini tidak menyebabkan perut pedih atau memulas seperti produk detox lain, pembuangan air besar berlaku seperti biasa.
KESAN SAMPINGAN
Setiap pengambilan apa pun herba ada kesan sampingan, tetapi herba senna lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
Antaranya kesan sampingan mengambilan adalah jika usus perut bermasalah anda akan mengalami cirit birit, ini adalah kesan yang baik kerana ia proses mencuci dan menyingkirkan toksin didalam usus perut.
Senna Mecca atau daun Jati Cina (nama saintifik: Cassia Angustifolia) merupakan daun herba yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tinggi bagi masyrakat Arab sejak kurun ke-9. Sanna digunakan untuk mencuci system usus kecil dan besar dari kotoran dan lemak, serta membuang toksin dalam perut melalui sistem pelawasan. Kegunaan Sanna telah dicatat didalam kitab perubatan Ayurveda dan perubatan tradisional Cina memanggilnya sebagai “Fan Xie Yie”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Sanna antara herba perubatan terpenting yang sangat berkesan dan selamat untuk sistem kesihatan.
Variasi nama Senna mengikut negara:
Arab: Senna Mecca Mesir: Senna Alexandrina Chinese: Fan Xie Yie Latin: Cassia Obovata Melayu: Jati Cina Hindi: Sennai Sejarah Penggunaan
Senna, Cassia angustifolia, dikenali dengan nama Senna Mesir. Merupakan spesies dari keluarga Leguminaceae, senna adalah tumbuhan yang renek dan telah digunakan selama berabad-abad lamanya di Timur dan Barat sebagai pencahar. Herba sanna diperkenalkan oleh doktor Arab yang berkhidmat dengan khalifah di Baghdad pada kurun ke-9 masihi. Herba ini merupakan herba terpenting dalam perubatan Yunani, perubatan traditional Cina dan perubatan traditional India (Ayurvedic). Masyarakat Afrika Utara dan juga barat daya Asia menggunakan Sanna sebagai herba pelawasan (laxative) bagi mencuci usus perut. Selain itu, daun Sanna boleh digunakan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, kurap dan juga jerawat.
Herba sanna berdaftar secara rasmi di British Pharmacopoeia (merupakan buku rasmi dalam bidang farmasi yang mengandungi penggunaan dan tatacara/guna herba) dan United States Pharmacopoeia. Tambahan, herba ini adalah salah satu daripada herba yang diluluskan oleh “Food and Drug Administration” Amerika sebagai dan menjadi herba yang paling banyak digunakan di Amerika terutama dalam “minuman pelangsing”, “minuman kurus” dan “minuman untuk detoksifikasi”. Di Jerman, daun dan buah Senna merupakan ubat standard, di German Pharmacopoeia dan diterima di Commission E monographs.
Tamadun India – Perubatan Ayurvedic
Herba ini dikenali dengan nama “Swarnapatri” dalam bahasa Sanskrit. Senna digunakan sebagai salah satu herba pelawasan yang paling efektif dan berkesan. Herba ini juga digunakan sebagai pembersih darah, melegakan sembelit dan merawat penyakit kulit.
Tamadun Cina – Perubatan Traditional Cina
Herba ini dikenali dengan nama “Fan Xie Yie”. Sanna banyak ditanam dikawasan Guandong, Guanxi dan Yunnan. Digunakan untuk merawat sembelit, mengurangkan pengumpulan haba dalam usus besar dan membaiki penghadaman.
Tamadun Islam – Perubatan Islam
Menurut hadis nabi, ada tiga pengubatan didalamnya mengandungi penyembuh segala penyakit kecuali kematian, iaitu Sanna dan sannut ( Shahih Al Jami’ Ash-Shaghir).
Dari Asmaa Binti Umais, Rasulullah berkata “dengan apa yang kamu gunakan bagi melegakan sembelit?” Asmaa berkata: dengan shubrum. Rasullullah berkata (yaitu) yang panas dan kuat”, Asmaa kemudian berkata: Saya juga melegakan ia dengan Senna, Rasullullah berkata “jika terdapat satu perkara (yang) menyembuhkan dari kematian sesungguhnya ia akan menjadi Senna.” Ibn Majah 3461; Syaikh Al-Albani digredkan ia daeef. Dua Arnaoots menyebut hadits ini dikuatkan oleh riwayat berikut.] …
Nabi bersabda “Pada kamu ada Senna dan Sanoot kerana sesungguhnya dalam kedua-dua mereka adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Saam” Dia bertanya “Ya Rasulullah, Apakah Saam?” Beliau berkata, “Kematian” [Ibn Maajah 3457; Syaikh Al-Albani digredkan ia shahih]
Pengenalan Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna atau Sanna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter. Cassia senna L (C. acutifolia Delile) dan Cassia angustifolia Vahl adalah di antara nama saintifik bagi daun gelenggang. Daun gelenggang telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi. Ianya telah diperkenalkan ke Eropah oleh pengamal perubatan tradisional Arab pada abad ke-9. Daun gelenggang kering yang belum dikisar berwarna kuning pucat, manakala serbuk daun gelenggang berwarna kuning kehijauan. Bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang adalah antraquinone glucosides. Pada lazimnya, daun gelenggang mengandungi tidak kurang dari 2.5 peratus antraquinone glucosides. Pengiraan kandungan bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang yang telah dikeringkan adalah berdasarkan sennoside ataupun dikenali sebagai senna glycoside. Sennoside merupakan derivatif anthraquinone. Pokok Daun Gelenggang / Senna Indikasi Secara tradisional, daun gelanggang digunakan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif bertindak bagi memudahkan pembuangan air besar. Ianya bertindak dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan sembelit. Dewasa ini daun gelenggang juga digunakan dalam perubatan moden. Sama seperti kegunaannya secara tradisional, ianya digunakan sebagai laksatif. Bahan aktif dalam daun senna iaitu sennoside akan diekstrak dan digunakan sebagai ubat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendaftarkan ubat yang mengandungi daun gelenggang dalam kategori ubat tradisional dan dalam kategori ubat farmaseutikal, ianya didaftarkan sebagai Ubat Bukan Preskripsi (OTC: Over The Counter). Bagi ubat tradisional, indikasi yang dibenarkan adalah seperti berikut: Digunakan secara traditional untuk melegakan sembelit ringan. Ubat tradisional yang mengandungi daun gelenggang bersama dengan kombinasi bahan herba lain, indikasinya bergantung kepada kandungan dan formulasi keseluruhan ubat tradisional tersebut. Bagi ubat tradisional yang mengandungi kuantiti daun gelenggang kering kurang daripada 0.5g atau mempunyai kandungan sennoside kurang dari 20 mg melalui persediaan ekstrak piawai (standardized preparation), indikasi yang dibenarkan adalah seperti berikut: Digunakan secara traditional untuk kesihatan umum. Daun gelenggang dikatakan selamat untuk digunakan dalam jangka masa pendek bagi indikasi sembelit. Ianya boleh diambil oleh warga tua, wanita selepas bersalin, dan pesakit kanser yang masih mengambil dadah narkotik. Pengguna hendaklah mematuhi arahan pengambilan seperti yang jelas tertera pada label ubat tradisional tersebut. Dos yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman serta kesan penggunaannya turun temurun. Kesan Sampingan Pengambilan mana-mana ubat , sama ada ubat tradisional mahupun ubat farmaseutikal tidak terkecuali dari kesan sampingan. Kesan sampingan adalah kesan yang tidak dikehendaki akibat dari pengambilan ubat. Begitu juga dengan ubat tradisional yang mengandungi daun gelenggang. Di antara kesan sampingan daun gelenggang adalah kekejangan serta sakit perut, sakit sendi, loya, cirit-birit, angin, perubahan warna pada air kencing, perubahan dalam anatomi kolon atau kerosakan pada dinding kolon, kerosakan hati yang kronik dan sebagainya. Kesan sampingan dapat diminimakan dengan mematuhi arahan pengambilan/ cadangan dos yang disyorkan seperti pada label ubat tersebut. Sekiranya kesan sampingan itu adalah ringan dan tidak memudaratkan, pengambilan ubat tersebut boleh diteruskan. Walau bagaimana pun sekiranya ianya memudaratkan, pengguna diminta untuk berjumpa dengan pengamal perubatan / pegawai farmasi dengan segera. Amaran Penggunaan Penggunaan daun gelenggang perlu dielakkan oleh pengguna yang mempunyai alahan kepada daun gelenggang. Pengguna yang mempunyai gejala seperti loya, muntah-muntah atau gejala apendik tidak disyorkan mengambil ubat yang mengandungi daun gelenggang. Perhatian juga perlu diambil oleh pengguna yang mempunyai masalah dengan saluran gastrousus, buasir, ulser perut serta radang usus kerana dikhuatiri memburukkan lagi keadaan. Tiada kajian yang jelas membuktikan interaksi daun gelenggang dengan herba lain, suplemen kesihatan, ubat-ubatan atau makanan. Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang mengambil ubat lain seperti digoxin, diuretik atau laksatif yang lain, pemonitoran harus dilakukan dengan rapi. Oleh kerana tiada dokumen keselamatan penggunaan bagi kanak-kanak, ubat tradisional yang mengandungi daun gelenggang hanya dibenarkan untuk pengguna yang berumur lebih dari 12 tahun. Disamping itu, ianya hendaklah digunakan untuk jangka masa pendek sahaja. (tidak melebihi seminggu). Pada masa ini, KKM telah mewajibkan kenyataan amaran berikut diletakkan pada label semua ubat berdaftar yang mengandungi daun gelenggang: “Do not use when abdominal pain, nausea or vomiting is present.” “Frequent or prolonged used of this preparation may result in dependence towards the product and “imbalanced electrolytes.” “Please consult a healthcare practitioner for use beyond 7 days.”Pengguna perlu memaklumkan kepada pengamal perubatan (moden atau tradisional) sekiranya terdapat ubat lain atau suplemen kesihatan yang diambil bersama. Ini dapat membantu mengelakkan interaksi yang tidak diingini. Jenis Sediaan Yang Terdapat Di Pasaran Terdapat lebih dari 60 ubat tradisional yang mengandungi daun gelenggang berdaftar dengan KKM. Kebanyakan ubat tradisional tersebut mengandungi kombinasi daun gelenggang dengan herba yang lain. Ubat-ubat tradisional ini dipasarkan dalam bentuk tablet, kapsul, granul dan teh-herba. Semua ubat tradisional tersebut diambil secara oral. Selain dari bahagian daun, buah dari pokok gelenggang juga boleh diguna dalam ubat tradisional.